28.8.16

Pulau Kenawa,Sumbawa dan Bukit Pergasingan Hill,Sembalun , Lombok, Indonesia


Salam... Disebabkan ramai yang mintak saya share bajet ke Kenawa Island,Sumbawa dan Pergasingan Hill,Sembalun di lombok.. So disini saya akan share itinerary kami selama 3 hari 2 malam..

Bajet RM270 sahaja per person termasuk pengangkutan, makanan, penginapan, permit mendaki, dan cenderahati atau ole2 lombok ... Tidak termasuk harga tiket flight๐Ÿ˜






Day 1 ( 30/05/16 )


8.40 am :
Fly dari Klia2 - Airport Lombok ( 2 jam 50 minit )
-dalam perjalanan selama itu kami makan dulu meal yang telah kami order online bersama tiket flight, saya order roasted chicken with orlan cream, fuhhh memang sedapp beb.. Terbaikk la masakan dari Pak Nasser nih..
-selepas makan, kami pun tido laa, tunggu cangak lagi..
-agak2 dah nak sampai tu kami tengok pemandangan dari tingkap, fuhhh memang cantik Lombok nihh.. Padi Hijau luas terbentang, macam kat Kedah plak aku tengok.. Hahha..

11.50 am :
-Tiba di Airport Lombok
-selesai dengan imegresen sana
-pastu aku Beli 1 Air mineral dan 1 Milo ais ( 15 ribu rupiah ; RM4 )
-beli tiket Damri(bas) ke Masbagik ( 30 ribu rupiah per pax ; rm9 )
-di luar airport tu, mak aiii ramai sungguh geng2 supir,engkel dll suruh menggunakan perkhidmatan mereka, siap ikut kami dari belakang pujuk, rimas gila wehh.. Last2 aku cakap, maaf pak saya udah beli tiket bas.. Settle.. Hahha

12.45 pm
-naik bas dan bertolak ke Masbagik ( 1 jam 15 minit)
-disebabkan aku dalam flight x brapa boleh tidoq,tidoq pun tidoq ayam2 jaa.. Jadi dalam bas aku tertido la jawabnya..huhuu

2.00 pm
-tiba di Masbagik
-beli simkad telkomsel beserta internet 4GB sebulan ( 60 ribu rupiah ; RM18 )
Nie memang penting wehh, law x beli macamana ampa nk update dalam facebook? Wakaka.. Beli satu sim ja, dan buat hotspot, so kami dua orang bleh pakai sama2..๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹


3.00 pm
-lepas tuu kami Naik Engkel(van) dan bertolak dari Masbagik ke Pelabuhan Kayangan
( 70 ribu rupiah per pax ; RM21 )
1 jam perjalanan
-sebenarnya korang boleh dapat lagi murah tau, kami difahamkan harga kami kena tu sangat mahal๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜ก


4.00 pm
-tiba di Pelabuhan Kayangan
-beli tiket Feri ke Jeti Poto Tano
( 20 ribu rupiah ; RM6 )



4.30 pm
-bertolak ke Jeti Poto Tano
-beli Nasi Lemak Ayam+kopi Luwak
( 15 ribu rupiah ; RM4 )
-makan nasi lemak atas feri sambil bersila serta menikmati pemandangan laut yang terbentang luas.. Fuhhh.. Heaven beb..



6.30 pm
-tiba di Jeti Poto Tano
-beli makanan utk memasak di Alfamart ( 50 ribu rupiah ; RM15 )
-bayar tambang bot ke Kenawa Island (400k return 1 bot ; RM120 ) kebetulan masa tu ada 1 group dari student lombok seramai 10 orang, jadi 12 orang termasuk kami, share duit sorang 34 ribu rupiah ; RM10 )

7.30 pm
-bertolak ke Kenawa Island ( 15 minit )
-laut memang x nampak apa2, gelap gelita sebab malam dah,tapi angin masih terasa menyapa di muka.. Layannn

7.45 pm
-sampai di Kenawa Island, kami bergegas mencari tempat untuk kami memasang khemah
-setelah selesai pasang khemah, aku terasa nak kencing, so aku pergi la ke tandas, aikk, pintu terkunci la plak, tengok nota di tampal kat pintu tertulis :
Buang air kecil ( 10 ribu rupiah )
Buang air besar ( 50 ribu rupiah )
Mandi dilarang sama skali..
Amboiii,, mati la nak, mahall noo..
Tapi bila difikirkan blik, memang patut la diorang buat camtu, sebab xde punca air lagipun tempat masih baru, xde orang tinggal di situ, cuma yang ada satu family nie yang menjaga pulau ni.. Rumah tu bersebelahan dengan tandas tu je, aku pun panggil, bapak, kena bayar ya masuk tandas nih ? Bapak itu menjawab, iyaa, seperti yang dinyata situ.. Maka dia pun membawa air satu gelen tu pikul masuk dalam tandas.. Sebab itulah kena bayar, bayar utk air ituu..huu
-lepas kencing, aku pun bayar la 10 ribu rupiah (rm3) dan terus punggah makanan untuk memasak dan buat unggun api..
-kami menyanyi sama2 dengan geng lombok tu, lagu Malaysia diorang x tahu sangat, yang diorang tahu lagu isabella dan dato siti nurhaliza.. Hahha.. Adoyaii

12.00 am
-tidur




Day 2 ( 31/05/16 )

5.30 am
-bangun dan panjat bukit Kenawa untuk melihat sunrise
-bukit tu x tinggi mana pun, 10 minit dah sampai.. Trek dia sangat cantikk..
-dalam 6.30 pagi baru nampak matahari seketul bulat tu.. Ohsemm.. Cantik bangat..
-snap foto sunrise dan gambar view Kenawa Island sepuas2nya..






7.30 am
-turun dari bukit lalu terus memasak cucur ikan bilis untuk breakfast
-lepas tu kami mandi di Pantai Kenawa Island yang superbb cantik dan jernih airnya








9.00 am
-kemas diri dan menyimpan khemah
-ambik foto ramai2 di Gerbang Kenawa Island

10.00 am
-naik bot dan bertolak balik ke Jeti Poto Tano

10.15 am
-beli tiket Feri ke Pelabuhan Kayangan ( 17 ribu rupiah per pax; RM5 )

10.45 am
-naik feri dan bertolak ke Pelabuhan Kayangan
-beli nasi lemak ayam+kopi luwak
( 15 ribu rupiah ; RM4 )
-2 jam perjalanan

12.45 pm
-tiba di Pelabuhan Kayangan

1.30 pm
-naik Ojek(motor) ke Bukit Pergasingan,Sembalun
( 100 ribu rupiah per pax ; RM30 )
-2 jam perjalanan ke bkt pergasingan
-dalam perjalanan hujan agak lebat, nasib baik bawak rain coat., huhuu

2.30 pm
-singgah sebentar di Taman Wisata Pusuk Sembalun
-beli 1 Air mineral botol besar + 1 Air mineral botol kecil + strawberry sembalun 1 pek kecil + cilok 6 biji
( 70 ribu rupiah ; rm21 )
-cilok nie dibuat daripada tepung,ayam dan ajinomoto, cicah plak dengan sos sweet sour.. Perghh melelehh habaq hang



2.45 pm
-sambung perjalanan ke Bukit Pergasingan
-view sangat cantikk, nampak bukit pergasingan tersergam indah



3.15 pm
-tiba di Pintu Gerbang Bukit Pergasingan
-bayar tiket permit mendaki
( 10 ribu rupiah per pax ; RM3 )


3.30 pm
-dengan lafaz bismillah kami start mendaki bukit pergasingan
-trek agak mencabar sebab mendaki je dari awal sampai ke puncak, xde yang mendatar
-ambil masa 2 jam ke puncak
-sebelum sampai ke puncak, kami bertembung dengan 1 group budak lombok seramai 3 orang.. Diorang ajak bergabung skali







5.30 pm
-tiba di Puncak Bukit Pergasingan
-trus kami memasang khemah
-ambil foto view dari puncak











7.00 pm
memasak manggi kari 2 bungkus dan makan nasi putih+ayam goreng+sambal lombok yang dibaaa oleh group dari lombok untuk dinner
-berborak dengan geng lombok
-cuaca sangat sejuk, aku pakai 3 helai baju , sarung tangan, stokin, masih terasa sejuk mencekam tulang.. Terketar2 beb.. Huhuu

11.00 pm
-tidur

Day 3 ( 01/06/2016 )

6.00 am
-bangun dan melihat sunrise
-ambil foto lagi
7.30 am
-memasak maggi kari + makan nasi briyani beli dari kilang B'rahim
-simpan khemah
-kutip sampah2 ke dalam plastik sampah
9.30 am
-ambil foto ramai2 sebelum turun bukit

10.00 am
-start turun bukit
-ketika turun tu aku ada jugak tergelincir 2 kali disebabkan trek yang curam dan agak licin tanahnya..
-call pak din ojek untuk hantar kami ke Airport Lombok

11.30 am
-tiba di bawah bukit pergasingan
-naik ojek terus ke Airport Lombok
( 250 ribu rupiah per pax ; RM75 )
Mahal sebab deal dengan dia kelmarin siap2 takut xde transport nak ke Airport nanti, lagipun dia dari Pelabuhan Kayangan, so agak tinggi kos dia untuk datang ambil kami.. Nak x nak, kami ambil jelah..janji selamat sampai di Airport.. Huhuu
-singgah di Kedai Kopi Luwak untuk tapau Kopi Luwak Ais ikat tepi ( 10 ribu rupiah ; RM3 )
-singgah di Alfamart beli Kopi Luwak sepeket ada 20 sachets, beli 2 paket skaligus.. Sebab sedap sangat.. Hehhe ( 50 ribu rupiah ; RM15 )

3.30 pm
-tiba di Airport Lombok dengan jayanya, masa nie punggung memang kebas gila, bayangkan la hampir 3 jam naik motor..
-lepak dulu rehat2 kat luar airport
4.00 pm
-mandi bersihkan diri dalam toilet airport
-makan di Restoren Bakso dalam Airport, Makan Nasi Goreng Padang Tembak + Jus Strawberry and Banana ( 60 ribu rupiah ; RM18 )

5.30 pm
-beli tiket Flight Air Asia LOP-KUL
-depart Jam 7.15 pm
-check in banggage
-beli cenderahati, keychain dan fridge magnet ( 30 ribu rupiah ; rm9 )
7.15 pm

-fly balik ke Klia2

**insyaAllah lepas nie kami datang lagi dan akan menawan gunung Rinjani pula, gunung tertinggi di Indonesia..aminn
** Trip kami ini juga dapat liputan dan perkongsian dari :
FB : Mohd Amir Izzat
Instagram : amir_duniagadget
no tel : 013-4584006

#mekjattravelog #kenawaisland #pergasinganhill #lombok

0 comments:

Post a Comment

 

MekJat Travellog Copyright © 2013